Edu-Line
(MALAYSIA)

Ijazah Pertama
Matrikulasi
SPM
PMR
UPSR

 

 

Peperiksaan Percubaan SPM MRSM 1997
Tasawwur Islam
Satu Jam Tiga Puluh Minit

Hakcipta terpelihara © Bahagian Pelajaran Menengah, MARA


Bahagian A
[40 markah]
Jawab mana-mana dua soalan

1.

a.    Wahyu telah diturunkan oleh Allah kepada rasul-rasul untuk membimbing manusia ke arah kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

    1. Nyatakan tiga cara wahyu diturunkan
    2. Nyatakan dua perbezaan antara wahyu dengan akal

[10 markah]

b.    Konsep 'alamiyah' perlu difahami oleh umat Islam bagi mendapat gambaran sebenar tentang Islam.

    1. Apakah yang dimaksudkan dengan 'alamiyah'
    2. Jelaskan dua aspek 'alamiyah'

[10 markah]

2.

a.    Sifat individualistik telah mempengaruhi pemikiran kebanyakan umat Islam masa kini.

    1. Nyatakan dua contoh amalan yang dikatakan bercorak individualistik
    2. Nyatakan dua cara yang dapat anda lakukan untuk membantu masyarakat supaya tidak terlalu bersikap individulistik

[8 markah]

b.    Islam telah menggariskan beberapa ciri pentadbiran yang cemerlang.

    1. Huraikan ciri-ciri pentadbiran Islam
    2. Nyatakan dua faedah syura dalam kegiatan organisasi yang anda ceburi di sekolah anda

[12 markah]

 

3.

a.    Hakim wajib memiliki sifat-sifat tertentu bagi menjamin sesuatu hukuman itu benar-benar adil.

    1. Nyatakan empat tugas yang perlu dilaksanakan oleh seseorang hakim
    2. Terangkan tiga akibat yang akan menimpa masyarakat sekiranya hakim tidak menyempurnakan tugas-tugasnya

[10 markah]

b.    Keruntuhan moral di kalangan remaja selalu dikaitkan dengan pengaruh barat.

    1. Berikan tiga hujah bagi membuktikan kebenaran pernyataan di atas
    2. Berikan dua cadangan anda bagi menangani keruntuhan moral di kalangan remaja

[10 markah]

Bahagian B
[60 markah]
Jawab mana-mana tiga soalan.

4.

a.    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"9/10 rezeki adalah daripada perniagaan"

    1. Berpandukan hadis di atas berikan tiga cadangan anda untuk menggalakkan belia Islam menceburkan diri dalam bidang usahawan
    2. Sebutkan empat daripada etika perniagaan yang dikehendaki oleh Islam

[10 markah]

b.    Harta merupakan milik sementara yang dimanahkan oleh Allah kepada manusia. Huraikan pernyataan di atas.

      [4 markah]

c.    Amalan riba merupakan penindasan golongan kaya ke atas golongan miskin. Terangkan tiga hikmat diharamkan perbuatan tersebut.

[6 markah]

5.

    1. Islam menggalakkan umatnya bekerja bersungguh-sungguh. Nyatakan empat budaya kerja dalam Islam
    2. [8 markah]

    3. Huraikan tiga daripada matlamat perundangan Islam
    4. [6 markah]

    5.  
    1. Nyatakan perbezaan di antara sunat dan wajib
    2. Sebutkan dua kesalahan yang diwajibkan hukuman hudud

[6 markah]

 

6.

a.    Perkahwinan membolehkan lelaki dan perempuan berhubung mesra. Nyatakan kepentingan perkahwinan dalam Islam.

      [8 markah]

b.    Kejahilan merupakan satu masalah besar yang menghalang kemajuan umat

    1. Terangkan dua sumbangan Islam dalam usaha membasmi kejahilan manusia
    2. Terangkan dua sumbangan yang dapat anda beri untuk membasmi kejahilan dalam masyarakat anda

[8 markah]

c.    "Islam agama untuk akhirat semata-mata"

Berikan hujah untuk menolak pernyataan di atas.

[4 markah]

7.

a.    Suami yang soleh merupakan asas bagi mewujudkan keluarga bahagia.

      Nyatakan 5 ciri suami yang soleh.

      [5 markah]

b.    Allah membenci penceraian (talak), walaupun perbuatan itu dihalalkan.

    1. Terangkan dua hikmat Islam mengharuskan talak
    2. Nyatakan tiga cadangan anda untuk mengurangkan kadar penceraian di kalangan umat Islam

[10 markah]

c.    Undang-undang muamalah yang disyaratkan oleh Islam adalah untuk menjamin kesejahteraan umat Islam. Nyatakan lima contoh muamalah secara Islam yang diamalkan di Malaysia.

[5 markah]

 

8.

a.    Zakat mampu mengurangkan masalah kemiskinan di kalangan umat Islam.

      Berikan tiga hujah anda bagi menyokong pernyataan di atas.

      [6 markah]

b.    Madinah adalah model sebuah negara Islam yang berjaya ditonjolkan oleh Rasulullah SAW

    1. Terangkan pengertian negara Islam
    2. Sebutkan empat akibat tidak melaksanakan hukum Allah SWT

[10 Markah]

c.    Di antara kelebihan penyelesaian masalah secara Islam ialah dapat memperkukuhkan keperibadian muslim.

Huraikan pernyataan tersebut.

[4 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan dan kegagalan sendiri
daripada menunding kesalahan kepada pihak lain....
- Jawaharlal Nehru

Hakcipta terpelihara © Bahagian Pelajaran Menengah, MARA
Kembali ke Edu-Line (Malaysia)