Edu-Line
(MALAYSIA)

Ijazah Pertama
Matrikulasi
SPM
PMR
UPSR

 

 

Peperiksaan Percubaan SPM MRSM 1997
Sejarah 2
Dua Jam

Hakcipta terpelihara © Bahagian Pelajaran Menengah, MARA


Bahagian A
(Sejarah Malaysia)
Jawab mana-mana tiga soalan.

1.    Beberapa buah kerajaan agraria telah wujud di sekitar lembangan sungai utama di Asia Tenggara. Kerajaan ini telah menjalani kehidupan yang bertamadun dan mengamalkan sistem pemerintahan beraja.

a. Huraikan bentuk kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat agraria dan sejauh manakah sumbangannya terhadap kemajuan kerajaan Angkor.

(10 markah)

b. Mengapakah raja memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan awal di Asia Tenggara?

(10 markah)

c. Terdapat banyak tinggalan monumen di zaman kerajaan awal Asia Tenggara. Apakah kepentingan monumen kepada kerajaan tersebut?

(10 markah)

 

 

2.    Gaya hidup golongan bangsawan diamalkan di istana raja oleh anak-anak raja dan di luar istana oleh golongan bangsawan, pembesar dan pentadbir. Gaya hidup golongan rakyat pula adalah kebudayaan yang terdapat di luar istana.

a. Huraikan gaya hidup golongan bangsawan dan pada pendapat anda, mengapakah sebahagian daripada gaya hidup tersebut masih diamalkan hingga sekarang?

(10 markah)

b. Bandingkan kegiatan masa lapang di antara golongan bangsawan dan rakyat.

(5 markah)

c. Huraikan bagaimana pendidikan diterapkan di kalangan rakyat.

(10 markah)

 

 

3.    Untuk memenuhi kepentingan ekonomi dan memperluaskan kuasanya, British telah melibatkan diri dalam hal ehwal tempatan sejak abad ke 18 lagi. Namun British mendakwa campurtangan mereka di Tanah Melayu hanya bermula pada tahun 1874.

a. Dengan memberikan contoh-contoh bagaimanakah anda menafikan dakwaan tersebut?

(13 markah)

b. Sejauh manakah faktor kekayaan ekonomi menjadi sebab utama campurtangan British di negeri-negeri Melayu?

(12 markah)

 

 

4.    Perlembagaan negara kita perlu dipertahankan oleh setiap rakyat kerana ia merupakan satu dokumen yang mengandungi cita-cita rakyat yang inginkan sebuah negara dan bangsa yang berdaulat.

a. Nyatakan kepentingan perlembagaan kepada negara kita.

(5 markah)

b. Pada pendapat anda mengapakah sesuatu perlembagaan itu dipinda dan jelaskan bagaimanakah perlembagaan negara kita boleh dipinda?

(13 markah)

c. Apakah keistimewaan mahkamah seperti yang telah ditetapkan oleh perlembagaan Malaysia dan mengapakah badan kehakiman perlu bersikap bebas dan tidak memihak?

(7 markah)

 

 

5.    a. Menjelang kemerdekaan, negara telah mewarisi beberapa masalah politik, ekonomi dan sosial, disebabkan oleh dasar pentadbiran yang diamalkan oleh penjajah British.

i. Huraikan kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam ekonomi Tanah Melayu pada masa itu.

(6 markah)

ii. Terangkan peranan MARA, FELDA dan FAMA dalam usaha untuk membangunkan sektor ekonomi penduduk luar bandar pada ketika itu.

(9 markah)

        b. Di bawah Rancangan Malaysia Keempat 1981 - 1985, penekanan utama kerajaan adalah kepada perindustrian berat yang berasaskan pelaburan modal dan penggunaan teknologi tinggi.

Terangkan langkah-langkah yang diambil ke arah pembangunan perindustrian negara.

(10 markah)

 

 

6. a. Malaysia bukanlah satu konsep yang baharu, kerana penggabungan di antara wilayah-wilayah British di Asia Tenggara telah lama difikirkan. Namun idea penggabungan ini telah ditimbulkan semula oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961 di Singapura.

i. Apakah reaksi negara-negara jiran terhadap cadangan penubuhan Malaysia?

(10 markah)

ii. Bagaimanakah Malaysia dan Indonesia menyelesaikan isu Konfrantasi mereka?

(6 markah)

b. Komanwel merupakan sebuah badan yang dianggotai oleh Britain dan negara-negara bekas tanah jajahannya seperti Malaysia.

Huraikan peranan Malaysia dalam Komanwel dan apakah faedah yang diperolehi oleh Malaysia sebagai negara anggota badan tersebut?

(9 markah)

Bahagian B
(Sejarah Peradaban Dunia)
Jawab satu soalan sahaja.

7. Lahirnya Zaman Neolitik merupakan episod yang penting dalam kehidupan manusia kerana ia merupakan "garis pemisah" dalam proses penciptaan tamadun manusia.

a. Mengapakah Zaman Neolitik dianggap sebagai permulaan tamadun manusia?

(8 markah)

b. Dengan mengambil contoh tamadun Mesir, jelaskan sumbangnnya terhadap tamadun manusia.

(9 markah)

c. Pada pendapat anda mengapakah agama dan sungai memainkan peranan penting dalam perkembangan tamadun manusia?

(8 markah)

 

 

8. Abad ke-19 merupakan zaman yang tidak dapat dilupakan oleh penduduk Asia Tenggara kerana ia menandakan tamatnya kekuasaan kerajaan peribumi kepada imperialis Barat.

a. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda mengapakah Asia Tenggara menjadi tumpuan dan rebutan imperialis Barat?

(10 markah)

b. Sejauh manakah perubahan-perubahan ekonomi yang dibawa oleh imperialis Barat memberi kesan kepada penduduk setempat?

(15 markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

Perjalanan seribu batu
bermula dengan langkah pertama....

Hakcipta terpelihara © Bahagian Pelajaran Menengah, MARA
Kembali ke Edu-Line (Malaysia)