Edu-Line
(MALAYSIA)

Ijazah Pertama
Matrikulasi
SPM
PMR
UPSR

 

 

Peperiksaan Percubaan SPM MRSM 1997
Pendidikan Islam
Dua Jam Tiga Puluh Minit

Hakcipta terpelihara © Bahagian Pelajaran Menengah, MARA


Bahagian A
[40 markah]
Jawab dua soalan sahaja.

1. (a) (i) Tuliskan semula ayat Al Quran berikut dan letakkan tanda baris dengan sempurna.

[3 markah]

Firman Allah S.W.T.

 

(ii) Lengkapkan tempat kosong yang bernombor dalam petikan ayat di bawah dengan kalimah yang betul berdasarkan Al Quran.

Anda hanya perlu menulis nombor dan jawapan.

[3 markah]

 

(iii) Firman Allah S.W.T.

 

Ayat di atas menjelaskan bahawa solat, menyuruh manusia melakukan kebaikan dan mencegah mereka melakukan kemungkaran adalah perkara-perkara yang wajib diambil oleh setiap orang Islam.

Nyatakan empat akibat buruk jika usaha-usaha amal makruf dan nahi mungkar tidak dilakukan oleh orang-orang Islam.

[4 markah]

(b) (i) Iman dan amal merupakan perkara yang tidak dapat dipisahkan.

Buktikan pernyataan di atas dengan mengemukakan tiga alasan.

(ii) Nyatakan empat amalan harian yang boleh dilakukan untuk mengukuhkan iman.

[10 markah]

2. (a) (i) Nyatakan hukum tajwid bagi kalimah yang bergaris di bawah.

[3 markah]

(ii) Potongan ayat berikut tidak disusun mengikut tertib seperti di dalam Al Quran. Susun semula potongan ayat tersebut mengikut tertibnya.

Anda dikehendaki menulis nombor-nombor berkenaan sahaja.

[4 markah]

(iii) Amalan haji terdiri daripada rukun-rukun, perkara wajib haji dan sunat-sunat.

Nyatakan perbezaan di antara rukun haji dan wajib haji.

[4 markah]

(b) Nyatakan hukum serta alasan bagi masalah berikut:

(i) Semasa mengerjakan ibadat haji, Yusof tidak melakukan Tawaf Widak.

(ii) Ali telah mengakad nikah anak perempuannya sebelum Tahallul Awal semasa mengerjakan ibadat haji.

(iii) Pak Said mengadakan ibadat Qurban dengan melakukan sembelihan pada 13 Zulhijjah jam 8.00 malam.

[9 markah]

3. (a)

Surah An-Nisa 48

Maknanya : Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukannya [dengan sesuatu apa jua pun] tetapi Ia akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya.

(i) Syirik merupakan satu kesalahan yang boleh merosakkan aqidah dan dosanya tidak diampunkan Allah S.W.T.

Terangkan tiga kesan buruk syirik terhadap individu.

[6 markah]

(ii) Menuduh perempuan yang baik melakukan zina merupakan perbuatan yang dikutuk Allah S.W.T.

Jelaskan dua sebab mengapa Islam melarang perbuatan tersebut.

[4 markah]

(b)

Gambarajah di atas ada hubungannya dengan amalan yang dilakukan dalam ibadat haji iaitu Tawaf.

(i) Terangkan tiga jenis tawaf yang terdapat dalam ibadat haji.

(ii) Nyatakan empat syarat wajib amalan di atas.

[10 markah]

Bahagian B
[60 markah]
Jawab tiga soalan sahaja.

4. (a) Firman Allah S.W.T.

(i)

Perbuatan mencuri sangat dilarang oleh orang Islam kerana boleh mendatangkan kesan buruk ke atas individu dan masyarakat.

Terangkan tiga kesan daripada perbuatan tersebut ke atas manusia.

[6 markah]

(ii) Kufur merupakan perkara yang boleh membatalkan iman. Nyatakan dua jenis kufur serta contohnya sekali.

[4 markah]

(b) Rasulullah S.W.T. mengasihi umatnya yang beriman. Apakah tanda-tanda orang-orang yang beriman.

[4 markah]

(c) Terangkan sumber kewangan yang diperolehi pada zaman Bani Umaiyah dan Abbasiyyah.

[6 markah]

5. (a) Ibadah Qurban dan Aqiqah merupakan dua perkara yang dituntut oleh syarak.

Terangkan tiga perbezaan di antara Qurban dan Aqiqah.

[6 markah]

(b) Orang yang melakukan zina wajib dihukum dengan rejam atau sebat.

Terangkan tiga pengajaran yang dapat diambil dari pelaksanaan hukum tersebut.

(c) Ibnu Khaldum adalah tokoh sejarah yang telah membawa perubahan dalam bidang penulisan sejarah. Senaraikan empat sumbangan beliau dalam bidang ilmu pengetahuan.

[8 markah]

6. (a) Firman Allah S.W.T.

Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah menjadikan manusia lelaki dan wanita, kemudian ianya berkembang kepada berbagai-bagai bangsa.

(i) Sebutkan dua hikmat Allah jadikan manusia berbagai-bagai bangsa.

(ii) Anda telah dilantik sebagai ketua dalam sebuah persatuan di sekolah anda yang terdiri dari pelbagai bangsa.

Cadangkan dua langkah yang akan anda lakukan untuk mengeratkan perpaduan dan kerjasama di antara anggota persatuan tersebut.

[6 markah]

(b) Firman Allah S.W.T.

Di atas menjelaskan terdapatnya perbezaan antara orang mukmin dan orang fasik.

(i) Terangkan pengertian fasik dan nyatakan perbezaan antara orang yang beriman dengan orang yang fasik.

[4 markah]

(ii) Mengapakah Islam menyuruh umatnya berhati-hati terhadap orang fasik.

[2 markah]

(c) Firman Allah S.W.T.

Maksudnya"Timbulnya berbagai-bagai kerosakan, bala bencana di darat dan di laut dengan sebab-sebab apa yang dilakukan oleh tangan manusia."

(i) Jelaskan dua faktor yang mendorong seseorang melakukan penganiayaan atau kezaliman terhadap orang lain.

(ii) Nyatakan kesan buruk akibat penganiayaan atau pengzaliman.

[8 markah]

7. (a) Setiap orang Islam wajib menjaga kehormatan diri supaya tidak mengabaikan tanggungjawab masing-masing.

(i) Nyatakan tiga cara anda menjaga kehormatan diri sebagai seorang pelajar.

[6 markah]

(b) Derhaka kepada kedua ibu bapa sangat dilarang oleh Allah S.W.T. dan ia tergolong di dalam perkara-perkara dosa besar.

Mengapakah kita dilarang menderhaka kepada mereka.

[6 markah]

(c) Hamka atau nama sebenarnya Haji Abdul Malik bin Sheikh Abdul Karim bin Sheikh Muhammad Amrullah merupakan seorang ulamak dan novelis yang terkenal di Asia Tenggara.

(i) Huraikan dua sifat peribadi yang menyebabkan kemasyhuran beliau itu.

(ii) Terangkan sumbangan beliau dalam perkembangan ilmu pengetahuan.

[8 markah]

8. (a) (i) Islam membenarkan umatnya melakukan poligami dalam kehidupan kekeluargaan.

Jelaskan dua sebab mengapa Islam mengharuskan kaum lelaki berpoligami.

(ii) Mahkamah Syariah merupakan satu daripada institusi kehakiman yang terdapat bagi setiap negeri di Malaysia dan mempunyai peranannya masing-masing.

Terangkan tiga peranan mahkamah tersebut.

[10 markah]

(b) Firman Allah S.W.T.

Berdasarkan ayat di atas janganlah kamu menghampiri perbuatan zina kerana ianya satu perbuatan yang amat keji dan jahat menurut Islam.

(i) Nyatakan tiga punca yang menyebabkan berlakunya perzinaan di kalangan masyarakat Islam.

(ii) Toleransi adalah satu amalan yang sangat dituntut dalam Islam. Terangkan dua kaedah toleransi dalam dakwah Islamiah.

[10 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

Apabila seseorang merendah diri, ia akan ditinggikan
Apabila seseorang meninggi diri, ia akan direndahkan....

Hakcipta terpelihara © Bahagian Pelajaran Menengah, MARA
Kembali ke Edu-Line (Malaysia)