Peperiksaan Percubaan SPM MRSM 1997
Bahasa Melayu 1
Satu Jam Tiga Puluh Minit

Hakcipta terpelihara © Bahagian Pelajaran Menengah, MARA


Tuliskan sebuah karangan tentang satu daripada perkara yang diberi dibawah. Panjang karangan anda itu hendaklah tidak kurang daripada 350 patah perkataan.

  1. Pada tahun ini, kita berpeluang menyambut perayaan berkembar yang disambut dengan meriah. Amalan kunjung mengunjung dan rumah terbuka sudah menjadi tradisi rakyat Malaysia. Anda tidak melepaskan peluang mengunjungi rumah rakan-rakan anda. Ceritakan pengalaman anda dan kebaikan amalan tersebut.
  1. Perkembangan teknologi maklumat menyebabkan bertambahnya saluran televisyen di Malaysia. Jelaskan implikasi pertambahan saluran tersebut kepada masyarakat di negara ini.
  1. Jumlah kemalangan jalan raya di Malaysia terus meningkat walaupun pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan untuk mengurangkannya. Walau bagaimanapun, para pengguna dan pihak swasta turut memainkan peranan penting dalam menangani masalah ini. Ulaskan pernyataan tersebut.
  1. Sekolah anda telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Usahawan Muda peringkat negeri dan berjaya menjadi johan. Sehubungan dengan itu, anda selaku Presiden Persatuan Usahawan Muda sekolah anda dikehendaki memberi taklimat kepada satu rombongan pelajar dari sekolah yang berdekatan tentang kejayaan Persatuan anda itu. Nyatakan juga faedah-faedah yang dapat diperoleh dengan menyertai Persatuan ini.Tuliskan taklimat itu selengkapnya.
  1. Masalah cetak rompak terus menjadi duri dalam daging kepada bidang hiburan. Oleh itu, anda ingin menulis satu rencana dalam akhbar tempatan untuk mengemukakan kesan-kesan daripada kegiatan tersebut dan langkah-langkah untuk membanteras gejala itu. Tuliskan rencana itu selengkapnya.
  1. Kewujudan budaya samseng di sekolah-sekolah pada masa ini begitu membimbangkan. Oleh itu, penglibatan ibu bapa amat penting dalam menangani masalah ini. Tuliskan satu syarahan tentang ‘Peranan Ibu Bapa Dalam Menangani Masalah Budaya di Sekolah’.

KERTAS SOALAN TAMAT

Jika anda hanya mampu memberi satu hadiah kepada seorang rakan,
maka berilah semangat kepadanya....


Hakcipta terpelihara © Bahagian Pelajaran Menengah, MARA
Kembali ke Edu-Line (Malaysia)