Peperiksaan Percubaan SPM MRSM 1997
Biologi 1
Satu Jam Lima Belas Minit

Hakcipta terpelihara © Bahagian Pelajaran Menengah, MARA


1.    Larutan garam biasa yang digunakan dalam pemindahan ke badan mengandungi 0.8 g/cm3 natrium klorida. Apakah akan terjadi kepada sel-sel darah merah jika setitik darah dicampurkan kepada 1cm3 satu larutan yang mengandungi 2g/cm3 natrium klorida?

A.    menjadi bentuk sabit
B.    mengecut
C.    pecah
D.    berlonggok

2.

trialbio2.jpg (9726 bytes)

Peringkat yang manakah dalam Rajah 1 menunjukkan proses pembahagian sel secara mitosis?

A.    K
B.    L
C.    M
D.    N

3.

trialbio3.jpg (10209 bytes)

Graf dalam Rajah 2 di atas menunjukkan hasil eksperimen yang diperolehi eksperimen untuk mengukur panjang keratan kentang yang direndam dalam air suling, larutan sukrosa 0.3M, 0.4M dan 0.6M. Antara graf-graf di atas yang manakah mewakili hasil keputusan apabila kentang direndam dalam air suling?

A.    W
B.    X
C.    Y
D.    Z

4.    Di antara berikut yang manakah diperlukan untuk pembentukan klorofil?

A.    Ion kalsium
B.    Ion magnesium
C.    Ion mangan
D.    Ion ferum

trialbio5.jpg (45449 bytes)
trialbio6-7.jpg (62022 bytes)

6.    Susunan peringkat-peringkat dalam proses fotosintesis melibatkan yang berikut:

I    Penguraian molekul air
II    Pembentukan molekul karbohidrat
III    Penurunan karbon dioksida oleh ion hidrogen
IV    Penyerapan tenaga cahaya oleh klorofil

A.    I     -->    II    -->     III    -->    IV
B.    I    -->    IV     -->    III    -->     II
C.    IV    -->    I     -->    III    -->     II
D.    III    -->    IV     -->    I    -->     II

7.    Yang manakah antara berikut ciri organisma autotrofik?

A.     memperolehi bahan organik daripada organisma hidup
B.    memperolehi tenaga daripada sebatian organik seperti glukosa, protein dan lipid
C.    memperolehi tenaga daripada tindakbalas kimia bahan bukan organik untuk sintesis zat makanan
D.    memperolehi tenaga daripada cahaya matahari untuk sintesis bahan bukan organik

8.    Pilih persamaan yang mewakili proses fermentasi alkohol.

A.    Glukosa     -->    etanol    -->     tenaga    -->    karbon dioksida
B.    Glukosa    -->    alkohol     -->    tenaga    -->     karbon dioksida
C.    Glukosa    +    oksigen     -->    etanol    +     tenaga    +    karbon dioksida
D.    Glukosa    +    oksigen     -->    alkohol    +     tenaga    +    karbon dioksida

9.    Antara keadaan yang berikut yang manakah dapat merendahkan kadar respirasi sel dalam badan kita?

A.    Kandungan oksigen yang tinggi dalam atmosfera
B.    Kandungan karbon dioksida yang rendah dalam atmosfera
C.    Altitud yang tinggi
D.    Cuaca yang panas

10.

Organisma A: Felix domestica
Organisma B: Galus domestica
Organisma C: Musa domestica

Ketiga-tiga organisma di atas termasuk dalam

A.    spesis yang sama
B.    genus yang sama
C.    filum yang sama
D.    famili yang sama

11. Di dalam satu ekosistem kebun sayur, cacing tanah mungkin akan berkongsi nic dengan

A.    afid
B.    siput babi
C.    belalang
D.    pepatung

12.     Keperluan oksigen biologi (BOD) yang rendah menunjukkan

A.    kadar pencemaran air secara biologi adalah tinggi
B.    kuantiti oksigen dalam air adalah rendah
C.    kandungan mikrob air adalah tinggi
D.    kadar penguraian bahan organik adalah rendah

trialbio13.jpg (79186 bytes)
trialbio14-16.jpg (154678 bytes)
trial17-18.jpg (181209 bytes)
trialbio19.jpg (129281 bytes)

Rajah 6 menunjukkan pandangan atas bagi vertebra serviks manusia. Saluran apakah yang melalui ruang P dan Q?

  P Q
A. Salur Limfa Arteri
B. Salur limfa Salur saraf
C. Salur saraf Salur saraf
D. Arteri Saraf tunjang

20.    Antara struktur-struktur berikut yang manakah bukan komponen arka refleks semasa anda terpijak paku?

A.    Reseptor
B.    Effektor
C.    Interneuron
D.    Otak

trialbio20-21.jpg (126015 bytes)

Rajah 7 menunjukkan empat sel dalam peringkat-peringkat berbeza semasa meiosis I di dalam sel ovari manusia. Pilih urutan yang betul untuk menunjukkan proses pembahagian sel meiosis I.

A.    I     -->    IV    -->     III    -->    II
B.    III    -->    II     -->    I    -->     IV
C.    II    -->    IV     -->    I    -->     III
D.    II    -->    I     -->    IV    -->     III

trialbio22-23.jpg (209918 bytes)

24.    Azhar dan Zurina telah mempunyai seorang anak lelaki. Apakah kebarangkalian mereka mendapat anak lelaki bila Zurina meahirkan anak kedua mereka?

A.    1
B.    1/2
C.    1/4
D.    1/8

25.    Dua titik darah diperolehi daripada seseorang dan diuji dengan anti-A dan anti-B. Kedua-dua titik darah itu menggumpal. Apakah kumpulan darah orang itu?

A.    Darah kumpulan A
B.    Darah kumpulan B
C.    Darah kumpulan AB
D.    Darah kumpulan O

trialbio24-27.jpg (163868 bytes)
trialbio28-29.jpg (124562 bytes)
trialbio30-33.jpg (201052 bytes)
trial34-35.jpg (133135 bytes)
trial36-37.jpg (159002 bytes)
trialbio38-39.jpg (101457 bytes)
trial40.jpg (81119 bytes)

SOALAN TAMAT

Setiap malam sebelum tidur,
anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda dan
menguatkannya dari hari ke hari
- Balzac

Hakcipta terpelihara © Bahagian Pelajaran Menengah, MARA
Kembali ke Edu-Line (Malaysia)